PELAKON Yasmin Hani mengakui berasa sedikit kekok apabila bergandingan dengan bekas adik iparnya, aktor Qi Razali dalam filem terbaharu berjudul Pemuja.
Menurut Hani atau nama penuhnya Yasmin Hani Ismail Richardson, 47, perasaan janggal itu timbul apabila mereka perlu melakonkan beberapa babak yang melibatkan sentuhan fizikal termasuk adegan berbaring bersama.
Babak tersebut bukanlah menggunakan teknik kamera semata-mata, sebaliknya dilakukan secara nyata demi menjaga keaslian lakonan.

Hani tiada masalah lakukan adegan sentuhan fizikal dengan Qi.






