PENYAMPAI radio, Sharifah Shahirah tampil menjawab tanggapan segelintir pihak yang mendakwa suaminya Ijoy Azhari tidak bekerja.
Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, 52, berkata, persepsi tersebut tidak tepat kerana peranan Ijoy dalam keluarga cukup besar dan tidak boleh dinilai berdasarkan wang semata-mata.
Kata Shiera, suaminya memainkan peranan penting dalam menguruskan keluarga serta memberi sokongan penuh, terutamanya dalam hal membesarkan anak-anak.







