PENYANYI Nubhan yang meraih tempat ketiga dalam Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) menerima keputusan dengan berlapang dada meskipun terdapat segelintir netizen yang seakan-akan gembira melihat dirinya tidak bergelar juara.
Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahmad, 40, berkata, apa sahaja keputusan yang diberikan bukanlah sesuatu yang wajar dipandang rendah apatah lagi dijadikan bahan sindiran.
“Nombor tiga bukan ‘padan muka’ (sebab bukan juara). Bagi saya, ini semua rezeki dan satu perjalanan daripada minggu pertama sampai akhir bukan kerja senang.

Nubhan (kanan) bersyukur dengan kejayaan di GV12.






