Hiburan

Suami, anak berlepas ke Jeddah jam 5.35 petang ini, urus pengebumian Nadia Kesuma

SUAMI kepada pelakon Nadia Kesuma, Profesor Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah bersama anak perempuannya dijadualkan berlepas ke Jeddah, Arab Saudi pada pukul 5.35 petang Ahad.

Mereka akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Jeddah bagi menguruskan jenazah dan pengebumian Allahyarham di negara itu.

Menurut Muhammad Kamarul, beliau telah dihubungi oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) pada malam Sabtu bagi memaklumkan perkembangan berkaitan perkara tersebut.

Nadia dilaporkan meninggal dunia akibat sakit jantung.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh