PELAKON Nadia Kesuma dilaporkan rebah di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, Arab Saudi sebelum disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dalam satu kenyataan memaklumkan perkara tersebut menerusi hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) pihak berkuasa lapangan terbang itu.
“Dia rebah akibat serangan jantung di dalam lapangan terbang dan dikejarkan ke hospital oleh pihak berkuasa,” jelas kenyataan yang diberikan.






