SEBAGAI seorang selebriti, Mira Filzah tidak dapat lari daripada komen-komen keterlaluan di media sosial yang boleh disifatkan sebagai buli siber.
Namun bagi Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 33, perkara itu tidak lagi memberi kesan besar buat dirinya kerana sudah cukup berpengalaman menjalani kehidupan dalam dunia seni.
“Sudah 10 tahun dalam industri, saya rasa ia tak memberi kesan. Saya seperti sudah lali,” katanya ringkas.

Mira tahu cara berdepan kecaman di sosial media.





