Hiburan

Hampir jadi mangsa, Firdaus Ghufran dedah kes pedofilia wujud dalam kalangan penggiat seni

PELAKON Firdaus Ghufran mendedahkan dia pernah hampir menjadi mangsa gangguan seksual ketika masih bergelar pelakon kanak-kanak, sekali gus membuka sisi gelap yang jarang diperkatakan dalam industri perfileman tempatan.

Firdaus, 24, bagaimanapun memilih untuk tidak mendedahkan identiti individu terlibat, selain mengakui isu berkenaan sememangnya wujud dalam kalangan segelintir pemain industri.

"Dalam kalangan orang lain, perkara itu memang pernah berlaku. Saya sendiri hampir mengalaminya, tetapi tidak sampai terkena apa-apa. Mungkin individu itu menghormati saya.

Firdaus meluahkan kebimbangan terhadap sikap segelintir individu tidak bertanggungjawab dalam industri.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh