PENYANYI Elyana meluahkan rasa berang apabila ada pihak yang berani mempersendakan rupa fizikal anaknya, Cahaya Ramadhani.
Kata Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 39, meskipun Cahaya adalah anak angkat namun bukan alasan dia menjadi bahan kecaman mana-mana pihak.
“Dengar sini ya! Aku besarkan anak, tak pernah minta ihsan atau belas daripada sesiapapun selama ini.

Perkongsian Elyana di Instagram.





