PENGURUS kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak berkongsi kisah di sebalik kelainan dan elemen luar biasa yang dibawakan oleh penyanyi itu menerusi Konsert Legacy 30: Passion, Sincere and Love yang berlangsung pada Sabtu.
Kata Rozi, selepas tiga dekad berada di puncak industri seni, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 47, tidak memilih jalan mudah, sebaliknya terus mencabar diri untuk berkembang dan keluar daripada zon selesa.
“Setelah 30 tahun, beliau tidak memilih jalan mudah. Beliau memilih untuk terus belajar, terus berinovasi dan terus ‘melompat’ keluar daripada zon selesa.

Siti sentiasa mahu mencabar diri dalam setiap persembahan yang dilakukannya.






