BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menjawab pertanyaan seorang peminat yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan seorang individu lain selepas didakwa mengkritik Konsert Legacy 30: Passion, Sincere and Love yang dijayakan pada Sabtu lalu.
Siti dalam hantaran di aplikasi Threads seolah-olah mempersoalkan tindakan dibuat serta tertanya-tanya apakah kesalahan yang pernah dilakukan pada pengguna media sosial itu.
"Saya rasa tak pernah ada tawaran. Kenapa ye dia buat begitu? Apakah salah saya pada dia? Apakah yang telah saya lakukan?," balas Siti dalam hantaran yang dimuat naik seorang peminat di aplikasi Threads pada pagi Selasa.

Siti dengan bersahaja memberi respons menerusi Threads miliknya.





