Hiburan

“Terima kasih pernah terima saya sebagai suami” – Kamal Adli hargai Uqasha Senrose

TANPA menyalahkan mana-mana pihak, pelakon Kamal Adli secara terbuka mengucapkan terima kasih kepada bekas isterinya yang juga aktres Uqasha Senrose atas segala pengorbanan dan pengajaran sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Menurut Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, Uqasha merupakan individu yang banyak membentuk dirinya sebagai seorang lelaki dan suami, selain menjadi guru terbaik dalam memahami erti kehidupan berumah tangga.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Uqasha kerana pernah menerima saya sebagai suami. Dialah yang banyak mengajar saya tentang kehidupan berumah tangga dan bagaimana menjadi seorang lelaki.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh