PELAKON Zoey Rahman terpaksa mendapatkan rawatan segera selepas mengalami ketidakselesaan pada mata kanan sejak beberapa hari lalu.
Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Rahman, 41, berkata doktor mengesahkan dia mengalami ulser pada bahagian mata sehingga menyebabkan kemerahan serta rasa pedih melampau.
"Saya pun terkejut sebab selama ini ingat ulser hanya berlaku dekat mulut, rupa-rupanya boleh jadi di mana-mana bahagian tubuh.

Keadaan mata Zoey selepas disahkan ulser.






