PENYANYI Nubhan tampil menjelaskan dakwaan bekas isteri, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek yang mengatakan barangan peribadinya dicampak keluar dari kediaman milik bekas suaminya itu ketika berada di luar negara.
Menurut Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahmad, 40, tindakan mengeluarkan barangan peribadi bekas isteri dilakukan atas sebab tertentu dan tidak dibuat sesuka hati.
"Semua yang saya lakukan itu bersebab dan saya tak mahu ulas lanjut sebab perkara ini masih berada di peringkat mahkamah.

Nubhan enggan ulas panjang tentang isu dakwaan bekas isteri terhadapnya.






