PENYANYI Didi Astillah dilaporkan selamat bergelar tunangan kepada pilihan hatinya, Diniey Ng pada Sabtu.
Difahamkan majlis pertunangan yang berlangsung secara tertutup itu diadakan di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur dan hanya dihadiri oleh keluarga serta rakan-rakan rapat.

Majlis pertunangan Didi berlangsung di sebuah hotel mewah sekitar Kuala Lumpur.
Pada majlis bahagia itu, Didi dilihat mengenakan baju kurung manakala Diniey memakai baju Melayu berwarna merah jambu lembut.





