USAHAWAN Nedim Nazri sekali lagi mencuri tumpuan netizen di media sosial selepas berkongsi luahan perasaan cinta terhadap pelakon Nadia Brian melalui hantaran di akaun Instagram miliknya.
Dalam kapsyen yang cukup menyentuh hati, Nedim berkata, berjumpa dengan Nadia adalah pilihan tepat kerana wanita itu berjaya mengembalikan dirinya yang pernah hilang dan membuatnya merasa lengkap semula.
“Mencintai awak terasa seperti pulang ke tempat yang saya tidak pernah tahu saya hilang,” katanya.

Hubungan Nedim dan Nadia mempunyai perasaan sayang antara satu sama lain.






