PELAKON Erra Fazira menjelaskan perkongsian foto buah zuriat oleh suaminya, Ezwan Zain ketika menunaikan ibadah umrah baru-baru ini hanyalah sekadar gurauan dan tidak membawa sebarang maksud tersembunyi.
Erra atau Fazira Wan Chek berkata dia secara peribadi tidak pernah terfikir untuk kembali hamil, namun tetap menyerahkan segalanya kepada ketentuan Ilahi.
Kongsi Erra, sebelum bernikah dia dan suami sudah berbincang secara terbuka mengenai soal anak memandangkan usianya yang sudah mencecah 52 tahun.







