PELAKON veteran, Kartina Aziz berkongsi realiti sebenar industri filem apabila seorang pengarah mempergunakan seorang pelajar praktikal dengan cara yang dianggap tidak adil.
Menurut Kartina atau Kartina Abdul Aziz, 71, dia pernah menyaksikan seorang pelajar praktikal dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang dijemput sebagai pembantu pengarah dalam sebuah produksi filem, namun tugasnya hanyalah menarik kabel.
Malah kata Kartina, dia juga pernah melihat beberapa pelajar yang diberikan bayaran tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan dalam produksi filem.

Kartina dedah pernah melihat pelajar praktikal hanya dibayar RM150.





