ANAK kepada penyanyi Datuk Awie iaitu Ahmad Merrah memberitahu minatnya terhadap bidang seni semakin berkembang selepas menerima banyak tawaran untuk membuat persembahan pentas.
Merrah atau Putra Ahmad Merrah, 19, berkata dia sebelum ini lebih memilih untuk meneruskan kerjaya menjadi ahli pernigaan namun kini hasrat ke arah tersebut mula berubah.
“Sebelum menyanyi, saya merancang untuk menjadi ahli perniagaan. Namun, selepas mendapat tawaran membuat persembahan untuk memberikan kejutan buat ayah saya di program Astro, saya rasa berminat untuk meneruskan kerjaya ini.

Merrah (kiri) mahu bergelar seorang penyanyi yang baik.





