PELAKON Rahim Jalani meluahkan rasa kagum terhadap pengorbanan Allahyarham Isma Aliff yang tetap setia menjaga arwah ibunya meskipun berada dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
Rahim, 64, berkata pengorbanan yang dilakukan Isma bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan oleh seorang anak, apatah lagi ketika dirinya sendiri sedang berdepan masalah kesihatan.
"Saya sangat mendoakan agar Allah memberikan dia tempat yang selesa di syurga atas segala kebaikan dan jasa yang pernah dicurahkan kepada arwah ibunya.







