PENGACARA Fedtri Yahya tampil memberi pandangan berhubung isu lirik lagu yang membawa maksud keterlaluan seperti yang hangat menjadi bulanan di media sosial.
Fedtri atau Ahmad Fedtri Yahya, 46, yang juga merupakan seorang penulis lirik berpendapat perkara tersebut sebagai sesuatu yang wajar diberi perhatian serius demi menjaga maruah seni tempatan.
Secara peribadi dia mengakui berasa kurang selesa apabila membaca lirik lagu yang disifatkan sarat dengan maksud berlapik yang keterlaluan.

Fedtri kurang selesa apabila membaca lirik lagu mempunyai unsur berlapik yang keterlaluan.






