PENGENDALI skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski seolah-olah memberi bayangan bahawa penyerang prolifik Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva semakin hampir untuk dinaturalisasikan dan menyarung jersi pasukan kebangsaan.
Perkara itu tercetus selepas Cklamovski meninggalkan emoji bendera Malaysia pada ruangan komen satu hantaran di media sosial, sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat mengenai kemungkinan penglibatan Bergson bersama Harimau Malaya.
Situasi berkenaan pantas mencuri perhatian penyokong bola sepak tempatan yang dilihat tidak sabar menantikan kemunculan ayam tambatan Harimau Selatan itu dalam pasukan kebangsaan.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.






