ADIK kepada Allahyarham Isma Aliff memberitahu abangnya itu sering kali meluahkan hasrat ingin pulang ke ‘rumah’ sejak kesihatannya mula merosot kira-kira seminggu lalu.
Menurut Shamsidah Ismail, 60, kata-kata tersebut diucapkan oleh Allahyarham seolah-olah dia berhalusinasi ingin ke suatu tempat yang tidak diketahuinya.
Kesihatan Allahyarham dikatakan semakin merosot selepas kejadian terjatuh di kediamannya di Kampung Melayu Ampang.

Shamsidah berkongsi arwah sering berhalusinasi ingin ke suatu tempat yang tidak diketahuinya.






