FOTO pelakon Fazura mendukung cahaya matanya, Nur Fatima Aisya ketika bercuti di luar negara meraih perhatian ramai, apabila aktres berkenaan dipuji tidak kekok menguruskan anak, termasuk mengangkat ‘stroller’ atau kereta tolak bayi sendiri.
Menyambut baik pujian tersebut, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 42, memaklumkan dia telah mengamalkan gaya hidup aktif sejak usia muda.
Kata Fazura, , rutin senaman yang diamalkannya sejak usia 20-an banyak membantu dari segi kesihatan fizikal, sekali gus memudahkannya menjaga anak dengan baik.

Tindakan Fazura menerima pujian di Threads.





