BERPELUANG berlakon dalam filem terakhir pelakon popular Selatan India iaitu Vijay membuatkan aktor Irfan Zaini mengimbau kembali kenangan 18 tahun yang lepas.
Berkongsi detik itu, Irfan atau nama sebenarnya Muhammad Irfan Mohamed Zaini, 30, berkata kali pertama dia bertemu dengan Vijay pada usianya 12 tahun ketika aktor berkenaan datang ke Malaysia untuk menjalani penggambaran.

Irfan pernah bertemu Vijay pada usianya 12 tahun.
Katanya ketika itu tanpa sangaja dia terpilih menggantikan pelakon kanak-kanak yang tidak sihat, malah lakonannya meraih perhatian bintang terkenal itu.






