TINDAKAN usahawan terkenal, Haliza Maysuri menempah set kain kafan premium daripada seorang pereka fesyen ternama mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Ada yang menyokong langkah tersebut sebagai peringatan kematian, namun tidak kurang juga yang mempersoalkan kewajaran membeli kain kafan dengan harga mahal.
Terpanggil memberi penjelasan, Pensyarah Fiqh Fatwa Makanan dan Kepenggunaan Semasa, Pusat Kajian Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Kashim berkata, mengingati kematian merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW supaya umat Islam menjauhi perbuatan maksiat.

Haliza sebelum ini berkongsi membeli kain kafan premium kepada dirinya.






