ANAK kepada penyampai radio dan pelakon, Sharifah Shahirah iaitu Auddra tidak menafikan dia kini lebih selesa menumpukan perhatian kepada dunia seni, khususnya bidang nyanyian dan tarian.
Kata Auddra atau Auddra Zulkifli, 17, meskipun pelajaran bukanlah kekuatannya dia tidak berasa kecewa sebaliknya memilih untuk menyalurkan bakat dan minat dengan sepenuh hati.
“Kalau tanya saya memang menyanyi adalah perkara yang saya selesa lakukan sekarang ini. Jujur cakap kalau pelajaran saya memang lemah sangat.

Shahirah (kanan) sentiasa menyokong minat anak-anak.





