BEKAS isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek membuat laporan polis pada Khamis selepas barangan peribadi miliknya dipindahkan keluar tanpa notis.
Menurut Dr Afifah atau lebih dikenali sebagai Dr Fie, tindakan tersebut dianggap melanggar privasi dan tidak sepatutnya dilakukan tanpa kebenaran.
“Saya sudah buat laporan polis semalam (Khamis). Selepas ini saya akan serahkan semuanya mengikut tindakan undang-undang.







