FILEM Papa Zola The Movie berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat kutipan RM50 juta dalam tempoh 22 hari tayangan di pawagam Malaysia dan Brunei.
Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Abd Razak, pencapaian tersebut sekali gus menjadikan filem berkenaan sebagai kutipan tertinggi pernah direkodkan oleh syarikat itu sekali gus menewaskan Mechamato The Movie yang mencatat kutipan RM35.88 juta.
Kata Nizam, 42, kejayaan luar biasa itu membuktikan karya animasi tempatan mampu memberi impak besar kepada penonton.

Kutipan filem Papa Zola sudah mencapai angka RM50 juta.






