Hiburan

Fad Bocey akui peluang ke TV makin tipis, terpaksa cari jalan sendiri… “ Memang berkecil hatilah”

BERDEPAN realiti industri hiburan yang kian berubah, pelawak Fad Bocey mengakui perjalanan seni golongan pelawak ketika ini tidak lagi semeriah dahulu, namun dia reda menerima hakikat bahawa setiap penggiat seni pasti melalui fasa turun naik dalam kerjaya masing-masing.

Fad atau Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, 34, berkata, sama ada mahu atau tidak, semua penggiat industri merangkumi pelawak, penyanyi dan pelakon akan melalui pusingan di atas dan di bawah ibarat roda.

“Itulah sebabnya saya namakan kumpulan saya Roda ketika menyertai program realiti Muzikal Lawak Superstar tahun lalu bersama Sharif dan Naqiu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh