BEKAS isteri kepada Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mendakwa segala tindakan yang dilakukan oleh bekas suaminya itu seolah-olah sudah lama dirancang.
Bukan hanya berkaitan isu mengeluarkan barang dari rumah, malah kata Dr Afifah atau mesra di sapa Dr Fie, tindakan Nubhan menjual rumah atas nama bersama sebelum ini juga menimbulkan tanda tanya.
“Patutlah jual rumah nama bersama sebelum ini. Dah lama rancang. Saya je lalai,” katanya kepada mStar.

Kisah Nubhan dan Dr Fie terus jadi bualan hangat.






