SEKIAN lama berdiam tentang status rumah tangga, penyanyi Kaka Azraff akhirnya memberitahu dia dan suami, Adam Azriff kini lebih bahagia selepas kembali rujuk.
Menurut Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 36, dia lebih selesa tidak mengulas perkara itu sebelum ini kerana enggan kisah keluarga menjadi perhatian umum.
"Ya, kami masih suami isteri dan doakan yang baik-baik untuk kami.

Kaka akhirnya buka mulut soal status rumah tangganya.






