BEKAS isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek meluahkan rasa kecewa dan berang apabila mendakwa barangan peribadi miliknya bersama anak-anak dikeluarkan dari kediaman mereka tanpa pengetahuan serta persetujuan.
Menurut Dr Afifah, kejadian itu berlaku ketika dia sedang berada di luar negara, sekali gus membuatkan dirinya terkejut dan terkilan dengan tindakan bekas suami yang disifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan.
"Saya sedang berada di luar negara, namun barang-barang saya dikeluarkan dari rumah yang saya duduki bersama anak-anak tanpa pengetahuan saya.







