PELAKON Isyariana berkongsi cara terbaik untuk kekal segar dan fokus semasa memandu, terutamanya ketika rasa mengantuk.
Kata Isyariana atau Isyariana Che Azmi, 35, dia mengambil peluang itu untuk menghafal surah-surah al-Quran dan ternyata cara itu memberi kesan yang berkesan.
“Aku tak suka memandu. Untuk buat aku tak tidur, aku hafal surah. Benda ni memang jadi, hati tak rasa nak memaki orang memandu kereta, otak cepat gila masuk hafalan tu,” katanya.

Isyariana berkongsi tip mudah untuk menghafal surah.





