Hiburan

Angkut 14 kg songket ke Scotland, Rozita Rohaizad angkat budaya Melayu di pentas antarabangsa

DEMI mengangkat seni dan kebudayaan Malaysia ke peringkat antarabangsa, penyanyi Rozita Rohaizad sanggup mengusung samping songket dan tanjak seberat 14 kilogram (kg) dari Malaysia ke Scotland untuk digayakan kepada pemuzik negara itu.

Menurut Rozita, pengorbanan tersebut dilakukan sempena penglibatannya buat kali kedua bersama kumpulan pemuzik Scotland iaitu The Melting Pot Collective (TMPC) dalam menjayakan Malaysia Food and Cultural Festival yang berlangsung di Pyramid Anderston, Glasgow.

"Ini kali kedua saya membuat persembahan diiringi pemuzik Scottish, The Melting Pot Collective Fusion Band. Sebagai tanda penghargaan atas kesudian mereka menyertai aktiviti diaspora Malaysia, saya menghadiahkan mereka set lengkap baju Melayu termasuk samping songket dan tanjak.

Rozita bersama pemuzik TMPC serta penonton yang hadir.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh