PENYANYI dan pelakon Bella Astillah bakal mengambil tindakan undang-undang dengan memfailkan saman fitnah terhadap netizen yang didakwa menyebarkan tohmahan dan kecaman melampau terhadap dirinya.
Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 31, berkata dia menghargai sokongan peminat yang mencadangkan supaya tindakan tegas diambil terhadap individu terbabit yang bukan sahaja memfitnah, malah mencemarkan maruahnya.
"Insya-Allah saya akan buat (fail saman fitnah). Terima kasih, saya hargai," katanya.

Bella akan ambil tindakan terhadap haters.






