PENYANYI Anuar Zain, berkongsi detik pilu pemergian ibunya, Allahyarham Robiah Abdul yang sudah setahun menghidap kanser hati.
Menurut Anuar atau Shahrul Anuar Zain, 55, pada awalnya arwah menunjukkan tanda pemulihan, namun kesihatan mula merosot selepas pemergian suaminya, Allahyarham Zain @ Zin Abdullah, empat bulan lalu.
"Mak sudah setahun menghidap sakit. Selepas itu kami buat rawatan dan semuanya berjalan baik. Kemudian abah pula meninggal dunia. Selepas pemergian abah, kami nampak kesihatan mak mula merosot.

Anuar berkongsi perjalanan terakhir ibunya sebelum meninggal dunia.






