PEMPENGARUH media sosial, Ryan Bakery, terus melangkah ke fasa baharu dalam kerjayanya apabila menerima tawaran untuk mengarahkan sebuah telefilem.
Menurut Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 30, peluang itu di luar jangkaan dan membuka ruang besar untuk dirinya mencuba cabaran baharu di luar zon selesa sebagai pencipta kandungan digital.
Ia sekali gus membuktikan kesungguhan untuk meluaskan kerjaya dalam bidang seni.

Ryan cabar diri mencuba perkara baharu.






