BUKAN hanya terkejut, malah keluarga penyanyi Adira juga tidak bersetuju apabila bekas suaminya, iaitu Datuk Seri Adnan Abu, memfailkan permohonan rujuk di mahkamah.
Menurut kakak kepada Adira, Emma Suhaimi, permohonan untuk kembali bersama itu dilakukan secara paksaan selepas Adnan, atau mesra disapa Datuk Red, menyatakan hasratnya beberapa kali.
"Setahu kami apa yang kami lihat, tiada tanda-tanda rujuk sepanjang mereka bercerai. Malah, seminggu sebelum Adnan ke umrah, dia ada menyatakan hal ini secara tiba-tiba selepas cintanya ditolak.

Luahan Emma di Instagram.







