BAPA kepada pelakon Uqasha Senrose meminta menantunya iaitu Kamal Adli agar segera mempercepatkan proses perceraian selepas anaknya mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Nik Sen Mat Rifin turut menyifatkan Kamal sebagai suami yang dayus kerana didakwa sanggup menyiksa fizikal dan mental anak perempuannya itu.
"Kamal kalau kau jantan, lepaskanlah senang cerita. Kalau dia dah taknak dekat kau nak buat apa lagi? Kau ini dayus," katanya dalam temu bual bersama Melodi.

Bapa Uqasha turut hadir memberi semangat kepada anaknya di mahkamah.





