PELAKON dan usahawan, Syahir Shafein mengakui perancangannya untuk berkahwin pada usia 30 tahun terpaksa ditunda selepas dia masih belum menemui pasangan yang sesuai.
Syahir, 30, berkata dia sebelum ini meletakkan sasaran untuk mendirikan rumah tangga tahun ini, namun terpaksa akur jodohnya masih belum muncul.
"Sejujurnya tekanan tu memang ada… lagi-lagi bila balik kampung. Mak cik dan pak cik akan tanya bila saya nak kahwin.







