PELAKON Kamal Adli tampil memberi penjelasan berhubung foto ditunjukkan isterinya Uqasha Senrose yang didakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Dakwa Kamal, 39, imej tersebut merupakan gambar lama yang diulang semula.
"Benda itulah gambar dia tunjuk beberapa tahun lepas. Dia ulang benda sama. Foto itulah dia tunjuk kat mak dan bapa saya," katanya ketika ditemui mStar selepas prosiding perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis.

Kamal menafikan dakwaan Uqasha.






