Viral

[VIDEO] Wanita betul-betul ‘chill’, curi sebiji durian di Kota Kinabalu 

TINDAKAN seorang wanita yang didakwa mencuri sebiji durian di tengah bandar Kota Kinabalu, Sabah mencuri perhatian warganet selepas rakaman video insiden itu tular di media sosial sejak Khamis.

Menerusi video berdurasi 52 saat berkenaan, wanita tersebut dilihat berjalan santai di sekitar kawasan bandar sebelum cuba membuka beberapa pintu kenderaan yang diletakkan di tepi jalan.

Dalam rakaman sama, wanita itu kemudiannya berhenti di sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4) dan dengan tenang mengambil sebiji durian yang diletakkan di bahagian belakang kenderaan berkenaan, seolah-olah tiada apa-apa berlaku.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.