PEMENANG pingat emas acara Muay Thai lelaki 57 kilogram (kg) Sukan SEA ke-33, Mikail Ghazali membuktikan dia memiliki kematangan dan kekuatan mental luar biasa walaupun baru berusia 16 tahun.
Mikail atau mesra dipanggil Miki mengakui dia memikirkan soal umurnya ketika berada di atas gelanggang pada aksi final menentang wakil tuan rumah, Supakhon Sirilun, 23.
“Apabila dalam gelanggang pun Miki berfikir, siapa je umur 16 yang dah dapat emas untuk SEA Games (acara Muay Thai lelaki)? Miki sorang ja.





