PELAKON Rita Rudaini secara terbuka menegur sikap segelintir lelaki yang tidak menjalankan tanggungjawab dalam memberi nafkah kepada anak-anak selepas bercerai.
Bagi Rita atau Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, perkara tersebut seharusnya dapat diselesaikan secara baik tanpa melibatkan kuasa undang-undang di mahkamah.
“Untuk ‘arwah-arwah dan bakal arwah’, tak perlu berkira soal nafkah anak-anak. Tak kiralah bekas isteri itu berduit atau tidak, semua itu tanggungjawab kau.

Perkongsian Rita di Threads miliknya.




