SKUAD sepak takraw negara mencipta detik manis menamatkan kemarau 34 tahun emas acara regu berpasukan lelaki Sukan SEA selepas menumpaskan tuan rumah, Thailand 2-1 di Nakhon Pathom pada Ahad.
Ketua jurulatih Ahmad Jais Baharom mengetuai Malaysia meraih emas terakhir dalam acara yang sama pada 1991 di Manila, Filipina.
Permulaan perlawanan ternyata mencabar apabila regu pertama negara, Haziq Hairul Nizam, Muhammad Noraizat Nordin dan Amirul Zazwan Amir tewas tipis kepada trio Thailand, Pornthep Thinbangbon, Phutawan Sopa dan Marukin Phanmakon.





