PENYANYI Shila Amzah menasihati adiknya, Syada agar tidak memaksa diri untuk terus berada dalam hubungan yang hanya melukakan hati.
Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 35, seseorang tidak seharusnya bertahan sekiranya sudah jelas melihat ciri-ciri kurang menyenangkan dalam diri seseorang.
"Kalau memang dah nampak red flag terus chow je. Hidup ini bukan untuk mengiyakan atau membaiki orang yang memang tak baik.

Shila dan Syada saling berbalas komen.





