WALAUPUN berstatus juara bertahan tiga kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berdepan krisis kecederaan menjelang pertembungan final Piala FA menentang Sabah FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Baru-baru ini, mesin gol JDT iaitu Bergson Da Silva dilaporkan mengalami kecederaan, sekali gus menyertai senarai pemain yang terpaksa diketepikan atas sebab sama, termasuk Arif Aiman Hanapi dan Romel Morales.
Sebelum itu, skuad Harimau Selatan turut kehilangan khidmat Hector Hevel, Joao Figueiredo dan Jon Irazabal yang kini digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.






