ISTERI kepada pendakwah selebriti Da’i Syed iaitu Hana Ismail mengambil keputusan untuk berehat dalam tempoh yang agak lama daripada dunia pengacaraan.
Menurut Hana, 38, keputusan tersebut dibuat selepas berbincang dan menerima nasihat daripada suaminya supaya dapat memberi keutamaan sepenuhnya kepada keluarga, khususnya anak-anak yang masih kecil.
Tambahnya, tugasan pengacaraan terakhirnya adalah mengendalikan program agama, Cahaya Hati 2.0 yang berlangsung pada Sabtu.

Hana merancang untuk kembali mengacara selepas anak-anaknya meningkat dewasa.






