TAMPIL berkolaborasi dalam sebuah lagu baharu, penyanyi Aina Abdul memuji rakan artis, Amir Jahari, yang disifatkan sebagai seorang cukup berbakat besar.
Menginginkan satu karya yang berbeza, Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 32, turut meluahkan rasa syukur kerana diberi kesempatan bertemu Amir bagi menghasilkan lagu berjudul Ayuh Pulang.
"Kali ini saya mahukan sesuatu yang tenang dan dalam masa sama memberi semangat. Allah kenalkan saya dengan Amir Jahari.

Aina teruja bekerjasama dengan Amir.






