DEMI menghargai tetamu yang hadir ke majlis resepsinya, penyanyi dan pelakon Erra Fazira mengambil inisiatif sendiri menghasilkan cenderahati khas buat para jemputan.
Erra atau Fazira Wan Chek, 51, berkata, dia mengambil masa kira-kira sebulan lebih untuk menyiapkan 500 bungkusan ‘doorgift’ yang dibuat sepenuhnya dengan tangan sendiri.
"Semua ini handmade, memang saya buat sendiri. Hampir sebulan lebih juga saya ambil masa untuk siapkan tanda kasih sayang kepada semua tetamu," katanya kepada mStar.

Erra menunjukkan hadiah untuk tetamu.






